Harmoni - Pelan Takaful Untuk Semua (Kanak-kanak, Remaja dan Dewasa)
- Pelan Harmoni – merupakan produk takaful keluarga paling laris berbanding dengan pelan-pelan takaful lain yang ditawarkan Maybank Takaful Berhad.
- Ini kerana produk ini sesuai untuk diambil oleh pelanggan dari kanak-kanak seusia 14 hari hingga dewasa berusia 60 tahun.
- Pelan ini sebenarnya adalah peningkatan (upgrading) kemudahan daripada pelan lama Maybank Takaful, iaitu Mesra.
- Dalam pengamatan saya, sejak akhir-akhir ini, masing-masing syarikat Takaful senantiasa mengemaskini dan meningkatkan produk-produk keluaran masing-masing agar dapat bersaing antara satu sama lain.
- Sesuatu yang amat baik untuk anda yang tercari-cari produk takaful untuk ahli keluarga anda.
- Secara ringkasnya, pelan Harmoni menyediakan kemudahan asas seperti berikut:-
No
|
Manafaat Takaful
|
Keterangan
|
1 | Pampasan akibat kematian | Pewaris akan menerima secara lump-sum bila berlaku kematian (kematian biasa atau disebabkan kemalangan) kepada pelanggan takaful |
2 | Pampasan akibat kecacatan kekal dan | Peserta akan dibayar secara lump-sumsekiranya ditakdirkan berlakunya musibah kecacatan kekal |
3 | Simpanan Tunai RM | Ada bahagian simpanan dan jumlah ini akan meningkat dari tahun ke setahun.Pelanggan boleh mengeluarkan bahagian simpanan ini sekiranya perlu tanpa perlu menunggu sehingga tamat tempoh kontrak |
4 | Elaun harian hospital | Jika dimasukkan ke wad (minimum masuk wad 6 jam) |
5 | Tabung penyakit kritikal | Jika terkena salah satu dari 36 senarai penyakit kritikal ini. |
6 | Pengecualian bayaran bulanan jika disahkan mengalami salah satu dari 36 penyakit kritikal | Polisi perlindungan bagi lain-lain musibah akan berjalan seperti biasa. |
7 | Tabung kemalangan diri | Jika ditimpa musibah kemalangan walau apa sebab sekali pun. Jatuh tangga pun dikira kemalangan, tak semestinya kemalangan jalanraya. |
8 | Pengecualian Income tax | Penyata tahunan takaful akan dikeluarkan untuk anda claim dengan LHDN |
Pada saat-saat yang tidak diduga, keluarga anda akan menerima kesemua jumlah dilindungi bagi meringankan beban kewangan mereka.
Siapa yang sesuai mengambil pelan Harmoni ini ?
1) Kakitangan kerajaan/swasta yang belum ada mana-mana skim perlindungan takaful;
2) Usahawan-usahawan melayu yang bekerja sendiri dan sudah tentu tiada caruman simpanan dalam KWSP sebagai simpanan hari tua nanti.
3) Mereka yang tiada kemudahan perubatan melainkan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk memasuki hospital-hospital swasta.
4) Tiada kemudahan untuk memasuki hospital kerajaan terutama apabila sudah tidak bekerja nanti (pencen);
5) Mereka yang mempunyai lebihan wang simpanan setiap bulan, tetapi disimpan di tempat-tempat yang tidak mempunyai perlindungan terhadap wang simpanan mereka. Contohnya simpanan di ASB, Tabung Haji atau pun dalam mana-mana akaun simpanan di bank-bank tempatan.
6) Ibubapa yang mempunyai anak-anak seusia 14 hari yang ingin menabung untuk anak-anak mereka sebagai bekalan simpanan tunai untuk tujuan pembelajaran anak-anak mereka.
Case Study Salah Seorang Pelanggan Saya
Bagi memudahkan pemahaman anda berkenaan pelan Harmoni ini, saya bagi contoh salah seorang pelanggan yang telah mengambil pelan Harmoni. Pelanggan ini dengan biodata beliau seperti di bawah : -
Umur : 30 tahun;
Pekerjaan : Eksekutif di sebuah syarikat swasta;
Bayaran bulanan : RM150 sebulan;
Tempoh kontrak diambil : 35 tahun (kerana beliau ingin perlindungan kesihatan sehingga umur 65 tahun)
Apa yang Etiqa Takaful boleh sediakan dengan sumbangan/bayaran RM150 sebulan selama 35 tahun beliau berikan kepada takaful ?
Secara ringkasnya adalah seperti dalam Jadual 1, Jadual 2 dan Jadual 3 di bawah :-
Jadual 1 – Ringkasan Benefit dan Perlindungan dari Takaful
No
|
Benefit Kepada Pemegang Polisi
|
Huraian/Amaun Pampasan
|
Tempoh Perlindungan (tahun)
|
1
|
Simpanan yang dimasukkan ke dalam akaun peserta. Akan bertambah mengikut tahun caruman
|
Details : Lihat Jadual 2
|
35
|
2
|
Pampasan kepada pewaris akibat kematian atau cacat kekal. Akan bertambah mengikut tahun caruman
|
Details : Lihat Jadual 3
|
35
|
3
|
Elaun harian hospital (jika masuk hospital kerajaan)
|
RM 100
|
35
|
4
|
Tabung Penyakit Kritikal
|
RM 30,000
|
35
|
5
|
Pengecualian bayaran jika disah mengalami sakit kritikal
|
Ya
|
35
|
6
|
Pengecualian Incometax
|
RM1,800.00
|
35
|
7
|
Tabung Kemalangan
|
RM 20000
|
35
|
8
|
Kemudahan Kad Perubatan Etiqa.
|
Tiada
|
-
|
9
|
Khairat Kematian
|
RM1,000.00
|
35
|
Jadual 2 – Anggaran tabungan simpanan mengikut tahun caruman
Akhir Tahun Penyertaan
|
Umur Peserta
|
Anggaran Simpanan Terkumpul Mengikut Tahun Caruman (RM)
|
1
|
31
|
-
|
2
|
32
|
397.05
|
3
|
33
|
951.77
|
4
|
34
|
1,591.65
|
5
|
35
|
2,360.43
|
6
|
36
|
3,264.02
|
7
|
37
|
4,308.56
|
8
|
38
|
5,400.84
|
9
|
39
|
6,543.04
|
10
|
40
|
7,737.43
|
11
|
41
|
8,986.41
|
12
|
42
|
10,292.47
|
13
|
43
|
11,658.21
|
14
|
44
|
13,086.37
|
15
|
45
|
14,579.79
|
16
|
46
|
16,141.47
|
17
|
47
|
17,774.51
|
18
|
48
|
19,482.18
|
19
|
49
|
21,267.90
|
20
|
50
|
23,135.22
|
25
|
55
|
33,832.59
|
30
|
60
|
47,208.17
|
35
|
65
|
63,932.48
|
Jadual 3 – Anggaran pamapsan akibat kematian/cacat kekal mengikut tahun caruman
Akhir tahun penyertaan
|
Umur Peserta
|
Anggaran Pampasan Akibat Kematian Mengikut Tahun Caruman (RM)
|
1
|
31
|
46,506.45
|
2
|
32
|
46,903.50
|
3
|
33
|
47,458.23
|
4
|
34
|
48,098.10
|
5
|
35
|
48,866.89
|
6
|
36
|
49,770.47
|
7
|
37
|
50,815.01
|
8
|
38
|
51,907.29
|
9
|
39
|
53,049.49
|
10
|
40
|
54,243.88
|
11
|
41
|
55,492.86
|
12
|
42
|
56,798.92
|
13
|
43
|
58,164.66
|
14
|
44
|
59,592.82
|
15
|
45
|
61,086.25
|
16
|
46
|
62,647.92
|
17
|
47
|
64,280.96
|
18
|
48
|
65,988.64
|
19
|
49
|
67,774.35
|
20
|
50
|
69,641.67
|
25
|
55
|
80,339.04
|
30
|
60
|
93,714.62
|
35
|
65
|
110,438.93
|
Itu untuk orang yang umurnya 30 tahun, kalau umur macam saya ni, berapa pulak yang saya layak terima ?
Seperti dalam insurans kenderaan , kadar bayaran insurans kenderaan akan ditentukan berdasarkan kepada :-
- C.C kenderaan;
- Jenis Kenderaan (kereta kancil tak akan sama dengan BMW);
- Tahun kenderaan dibuat (kereta tahun 1990 tak akan sama dengan tahun 2010);
- NCD kenderaan yang dimiliki;
- Jumlah perlindungan yang diperlukan untuk kenderaan tersebut.
1) Umur peserta sewaktu memohon polisi.
2) Jenis pekerjaan sama ada berisiko atau tidak (Jumlah perlindungan untuk Angkatan Tentera/polis tidak akan sama dengan seorang kerani sekolah atau yang bekerja di dalam pejabat).
3) Bayaran sebulan kepada pihak takaful. Yang ini jelas, kerana yang bayar tinggi sudah tentu akan dapat perlindungan yang lebih tinggi dari takaful;
4) Tempoh kontrak yang diambil (ditandatangani) dengan Maybank Takaful.
Jadi bagi menjawab soalan ini, saya perlukan maklumat anda seperti dibawah ;-
- Nama anda;
- Tarikh lahir;
- Pekerjaan anda;
- Budget anda sebulan;
- Tempoh kontrak dengan Etiqa Takaful ?
DAPATKAN BROSUR HARMONI DISINI
1. Berapa lama tempoh bayaran takaful saya melalui maybank?
ReplyDelete2. Jika tiada berlaku apa-apa musibah atau kemalangan dalam tempoh tersebut, adakah anggaran simpanan terkumpul mengikut tahun akan "burn" begitu sahaja??